Siiru 'Ala Barokatillah

Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan



Mak cakap CIKGU macam MAGGI, makanan rutin time susah.

Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan.
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada.
Tapi saya cakap CIKGU macam L”OREAL, kerana dirimu begitu berharga!


Hahaha…


Saban tahun bila tiba jer 16 Mei, semestinya akan ada satu ‘perayaan’ khas untuk para guru2 bagi mengenangkan jasa mereka terhadap anak2 bangsa.


Hari Guru...



Aku teringat masa zaman persekolahan dulu. Bila tiba jer hari guru, maka aku & the geng la orang paling gembira skali. Hari guru di sekolah memang memberi makna yang sangat besar buat kami semua.


Kenapa???


Sebabnya....


Adanya Majlis Hari Guru bermakna hari tu takde la kelas bcoz saban hari tu guru2 semuanya akan berkumpul di dewan... Termasuklah PK HEM & cikgu disiplin.


So, Hari Guru = H.S.E. (Hari Student Enjoy). Kuikuikui... Pastinya acara paling famous dikalangan student nakal tak lain tak bukan adalah acara ‘ponteng kelas dan gaduh’.


Aku tak termasuk dari diorang k.... skit2 jer... hehehe...


Bagi guru2 yang diminati/famous di kalangan student2, Hari guru adalah hari yang paling dinanti-nantikan. Hari guru bermakna hari yang penuh dengan rezeki.


Kenapa???



Yela, semakin ‘tinggi’ saham guru tersebut bermakna semakin banyak la hadiah2 yang mereka akan dapat dari student2 mereka.


So moralnya kepada guru2/bakal guru, sayangilah student2 anda kalau nak merasa dapat hadiah paling banyak pada hari guru nanti. Huhuhu...


Semakin banyak hadiah yang diterima dari stundent, maka semakin ‘tinggi’ ar saham guru2. Maknanya, guru tu disayangi student la.... Aduh, susah paham betul!!!


Ni aku nak citer skit apa biasanya berlaku kat dewan sekolah. Biasanya hari tu (hari guru) akan diisi dengan program2 seperti persembahan dari guru2 mahu pun student sendiri.











Koir, coral speaking, lakonan... Para guru plak menyanyikan lagu hari guru... Student berlumba2 hadiahkan sesuatu kepada guru kesayangan masing2. Ah, ntahpepentah tul... hehehe


Tapi disebalik penerimaan hadiah yang bertimbun2 dari student, sudah tentu ada rahsia tertentu yang memungkinkan mereka nie senang2 je dapat hadiah dari student... Betul tak...?

Abahku juga seorang guru...

Setiap kali hari guru jer, abah sudah semestinya menjadi guru paling famous di kalangan guru2 di sekolahnya. Guru kesayangan katakan. Hadiah??? Pernah satu tahun abah dapat bertimbun2 hadiah sehinggakan terpaksa minta tolong guru2nya untuk hantar dia punya hadiah ke rumah. Kenapa tak cayer ke???

Tu la hakikatnya abah. Bagi aku, jasa abah sangat besar dalam usahanya melahirkan modal insan untuk kegunaan masa hadapan terutamanya di Kelantan. Dengan berkat kesungguhan dan kegigihan beliau ini tidak memustahilkan beliau untuk menerima Anugerah Khas Guru Besar Paling Cemerlang peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Hahaha...

Apa2pun...

Selamat Hari Guru kepada guru2 seluruh Malaysia termasuk Abah...

“Guru Pembina Negara Bangsa”

Guru,
dalam ajarnya ada HARAPAN,
dalam tegurnya ada DOA,
dalam marahnya ada SAYANG,
dalam tawanya ada MESRA,
dalam diamnya ada BIJAKSANA,
dalam tangannya kita TERBINA,

~SELAMAT HARI GURU~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komen kaw2 yer..huhuhu

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SangKelembai

SangKelembai

'Bout Me

Foto saya
Blog ini merupakan catatan yang berkisar tentang diri gua, namun turut menyentuh isu semasa dan persekitaran. Seorang yang agak simple dan 'selamber rock', tetapi serius dalam perkara yang dirasakan HAQ & BETUL. Suka memerhatikan tingkah laku orang, agak berterus terang, suka menguji dan susah memuji. Salam Kelembai...

TunjukAjarKuSifu

TunjukAjarKuSifu

IMAN...OK ke KO???

IMAN...OK ke KO???

KaTa-kAta HikMah

Carilah kebaikan, milikilah kebaikan, dan warisilah kebaikan.Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang dari racunnya.

Masa Depan Islam

Masa Depan Islam

Jom Usrah

Jom Usrah

Ulama' Meneraju Kepimpinan

Ulama' Meneraju Kepimpinan

BOIKOT MEDIA BN

BOIKOT MEDIA BN

Pengikut

Online

BoRak-BoraK


ShoutMix chat widget

Siasah

My Prem