Aku masih ingat lagi, semasa kecil2 dulu guruku selalu bertanya “Awak bila besar nanti nak jadi apa?
Aku terkapai2 sambil menggaru kepala. Susah gak nak jawab soalan ni. Baru umur 6 tahun katakan. Puas aku memerah otak semata-mata nak bagi jawapan yang paling tepat kepada guruku itu.
Ahhhhhh.... Idea tak datang r untuk jawab soalan cepu emas tu...
Aku teringat akan abah...
“Cikgu, cita-cita saya adalah seorang guru”
........................????............................????.......................????......................................
Cikgu tersenyum. Aku tidak mengerti akan maksud sebenar beliau tersenyum setelah mendengar jawapan dariku itu. Tapi aku dengan selamber membalas senyuman beliau itu. Mungkin jawapan aku ini memuas hati beliau....... Atau dia menganggap aku cuba memerlinya. Hehehe....
Begitulah jawapan yang akan aku berikan jika ada sebarang soalan yang bertanyakan akan cita-cita aku... Sehinggalah aku masuk darjah 1...
Bila soalan ini diajukan kepada rakan-rakan sekelasku, jawapan berbeza denganku...
“Cikgu, cita-cita saya bila besar nanti adalah seorang doktor...”
Polis, bomba, lawyer, pilot, astronaut, arkitek.........engineer...
Cita-cita yang sangat pelik. Nama-nama yang belum pernah aku dengar selama ni. Ntah apa yang diorang sebutkan tu. Biasanya nama-nama famous dikalangan rakan-rakanku ketika tu adalah seperti penjual runcit, pekebun, petani, pembajak sawah. Biasa la, “Kampung Boyz”.
Tapi yang aku pelikkan dengan sorang rakanku tu, ada ke patut cita-citanya adalah seorang nelayan padahal kampung kitorang berjauhan dengan laut. Memang dah hilang akal tul mamat sorang tu. Huh!!! Nak gelak aku dibuatnya. Sangka baik k... Maybe dia pun dalam keadaan situasiku gak. Main hentam je mulut nak cakap apa. Tapi apa pula aku nak jawab kalau cikgu tanya soalan tu pada aku nanti... Kebetulan baru je tengok “cerita bomba” dalam TV. Hebat gak hero dalam drama tu.
So, mulai hari tu aku mula bercita-cita untuk menjadi seorang “fireman”. Hahaha...
Semangatku untuk menjadi seorang “fireman” semakin mendapat ‘restu’ setelah aku dilantik sebagai setiausaha dalam Kadet Bomba Sekolah semasa di SIC. Dunia ‘api vs air’ semakin aku minati dan gilai. Huahuahua...
Bila kat rumah, aku suka menghabiskan masa dengan favourite channelku iaitu Discovery Channel di Astro. Fuh, mmg hebat giler r dia punya teknologi. Latest2 punya machine. Dia punya engineer semua mantop2. Cara handle machine, solve problem...
Engineer.....
Aku nak jadi seorang engineer!!!
...................................................................................................................
Alhamdulillah, bulan lepas baru je dianugerahkan sijil Diploma of Civil Engineering.
Tapi, masih tak cukup lagi...!!!
Aku nak jadi macam abang sulungku...
Pemegang sijil Degree of Civil Engineering...
Ahhhhhhhh!!!!!
Aku nak sambung belajar...... Tolonglaaaa, aku nak sambung belajar!!!!!
“Pada hakikatnya, menulis itu satu kepuasan... Ntahpepentah...”
0 ulasan:
Catat Ulasan
Komen kaw2 yer..huhuhu