Siiru 'Ala Barokatillah

Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan

TRAVELOG SEORANG DA'I

Abdul Rahman Mohamed
Telaga Biru
RM 20.00

Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapat hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah. Jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah ALLAH S.W.T.


" berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian"

Biar kita susah dahulu, agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan hidup yang terbaik. Firman ALLAH:

"SESUNGGUHNYA BESERTA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN."

*** Mmg bez gak r buku nie... Cuba r baca k...

Hahaha…

Kenapa la pagi ni gua rasa macam nak menulis jer. Huhuhu... Mayb keboringan dan hati yang tengah risau dan sedih yang menyebabkan gua terpanggil untuk meluahkan ape yang ada dalam hati skrg nie. Kuikuikui…Sebenarnye gua sekarang nie sedang mengikuti perkembangan ummy tersayang gua yang sekarang masih lagi terlantar di wad Hospital An Nisa’, Machang.

Pada 2 hari yang lepas gua telah dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan berkenaan baby yang dah 6 bulan dalam kandungan ummy dimana menurut apa yang telah dilaporkan oleh doctor ia telah mengalami pengecutan dan sudah pun meninggal dalam kandungan. Menggelabah gua masa tu tapi gua tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan abi bila menerima berita pasal nie. Bagaimana rasanya perasaan seorang ayah apabila penantian yang sepatutnya selama 9 bulan untuk menimang anak berakhir dengan peristiwa seperti ini. Bagaimana pula rasanya perasaan seorang ibu yang mengandungkannya. Pasti kesedihan yang dirasainya. Ingat 2 bulan lagi dapat gak abi menimang anak lelaki. Gua pun dapat la gak adik baru. Pastinya makin bertambah berseri family dengan kehadiran adik baru. Gua ingat lagi impian abi yang nak sangat anak lelaki. Tapi, Allah lebih sayangkan baby 2. Ada hikmah disebaliknya. Walaupun juz ‘foster mother’ tapi entah la gua nie memang sayang sesangat kat Rospi’s family nie bcoz… Something2...

Alhamdulillah janin dalam kandungan ummy pun dah selamat dikeluarkan petang semalam melalui cara normal bukan melalui pembedahan. Keadaan ummy pagi nie pun masih stabil macam malam tadi. Melalui SMS dapat gak gua mengikuti perkembangan ummy melalui abi.

Berdasarkan kepada cara abi reply sms jelas menampakkan kesedihan dan kehampaan hati seorang ayah yang tidak berkesampaian untuk menimang seorang anak. Tapi gua bersyukur kerana walaupun baby dalam kandungan ummy tidak dapat diselamatkan tapi sekurang2nya ummy masih selamat. Gua berpendapat abi pun mempunyai rasa syukur yang sama walaupun berita nie memang susah untuk diterima selaku insan biasa.

Sekarang nie gua masih lagi mengikuti perkembagan ummy melalui abi menggunakan sms…

Abi, La Tahzan... Bersabarlah… Kita merancang, Allah pun merancang, tapi Allah sebaik2 perancang. Ada hikmah disebalik kejadian... Allahuakbar!!!


Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139 :-)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..- Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 87



Akhlak yang benar dan suci hasil dari Islam dan Iman yang benar dan suci juga. Ada orang mengatakan aku beriman tapi sebenarnya dia tidak beriman kerana akhlaknya tidak mencerminkan keimannya. Akhlak ialah pekara spontan. Ukhwah yang sejati hasil dari cinta dan kasih sayag yang sejati. Ada orang mengatakan aku cinta dan sayang padamu tapi tindakanya tidak menggambarkan apa yang diluahkan. Setiap perkara mesti melalui ujian sebelum diakui kebenaranya.

Ada ujian teori (mulut&hati) dan praktikal (perbuatan). Kedua-duanya mesti lulus. Kalau teori lulus tapi praktikal gagal namanya hipokrit. Kalau praktikal lulus tapi teori gagal namanya jahil. Ingt, sahabat sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w kerana cinta dan kasih sayang yang sejati pada Baginda s.a.w. Mereka akan bertindak spontan apabila Nabi dan Islam diganggu dan dihina. Tidak perlu disuruh setiap kali gangguan datang mengancam Nabi dan Islam.

Orang yang dahaga tidak perlu kita suruh untuk minum. Sahabat Nabi sanggup mati dan bergadai nyawa demi untuk mempertahankan sahabat yang lain dan mereka tidak pun perlu disuruh atau dipaksa. Semuanya ini akan lahir dari sebuah Iman, cinta dan kasih sayang yang benar. Hasil dari pentarbiyyahan yang jujur, suci, ikhlas dan luhur serta tiada tekanan dan paksaan. Jangan berbuat apa-apa, jangan cakap apa-apa dan jangan jadi sesiapa jika tidak mahu dikritik dan ditegur!!! Cerminlah dirimu...


Sayangilah Islam dgn spenuh jiwamu

Wahai Orang-Orang Beriman, Apabila Dikatakan Kepada Kamu, Berangkatlah (Untuk Berperang) Di Jalan Allah, Kamu Merasa Berat Dan Ingin Tinggal Di Tempatmu. Apakah Kamu Puas Dengan Kehidupan Di Dunia Sebagai Ganti Kehidupan Akhirat? Padahal Kenikmatan Di Dunia Ini Dibandingkan Dengan Kehidupan Di Akhirat Adalah Sedikit.

Sahabatku,
Berjuanglah dalam keadaan kita merasa ringan atau berat, senang atau susah, sibuk atau lapang. Gigitlah amanah ini dengan gerahammu kerana tangan musuh yang menariknya terlalu kuat dan bisa menggoyang susunan yang ada. Jika patah gerahammu, sesungguhnya gusi dan darah itulah yang akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Terlalu kecil sebenarnya sumbangan kita ini kepada Islam berbanding sahabat kita telah syahid. Kadang-kadang malu diri ini jika diberikan kesempatan berbicara dengan mereka yang telah syahid dan mempertaruhkan nyawa untuk perjuangan ini. Kita seolah-olah serangga ditengah hutan belantara jika dibuat perumpamaan dengan jasa mereka yang telah syahid ini.

Sahabat,
Cuba kau renungi dan teka apa yang difikirkan oleh orang tua ini. Dakah dia sedang berfikir tentang harta? Pangkat? Wanita? Masa Depannya?........Tidak perlu dijelaskan padamu tentang apa yang difikirkan oleh orang tua ini. Bagi insan yang beriman mereka dapat menekan apa yang sedang difikirkan oleh lelaki tua ini. Mungkin air mata jernih mengalir dilurah kelopak matamu jika kamu mengerti.

Sahabatku,
Cuba kau jelaskan padaku, kudratmu atau kudrat orang tua ini yang lebih kuat? Jika kudratmu lebih kuat, adakah kau dapat menandingi jasa orang tua ini kepada umat berbanding dengan apa yang sedang kau lakukan sekarang... Ya Allah, malu rasanya diri ini kepadMu. NikmatMu tidak ku syukuri selayaknya.

Sahabatku,
Sememangnya pejuang ISLAM itu pasti akan menghadapi bermacam-macam masalah, ujian dan onak duri. Sabarlah dengan segala rintangan yang tidak terhingga ini... Yang penting, tanamkan di hati keikhlasan dalam segala perbuatan dan perilaku. Semoga esok akan lebih ceria dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosaku, ibu bapaku, guru-guruku, serta dosa seluruh muslimin dan muslimat tidak kira di mana mereka berada... Amin...


Tawaddhu'kan Dirimu... Bukan Sekadar Muhasabah!!!

Manusia yang kenal dirinya sebagai hamba, akan terasa kerdil di hadapan Allah.Setiap apa yang ada padanya, hakikatnya adalah dari Allah yang esa bukan dari dirinya. Kerana itu tidak ada sebab untuk dia berbangga apatah lagi rasa memiliki segalanya.

Manusia yang beriman adalah manusia yang tawaduk.Pada hati sentiasa merendah diri. Sifat tawaduk tidak sedikit pun mengurangkan kemulian dan ketinggian darjah sesorang. Disisi Allah dia tinggi di sisi manusia dia dikasihi. mudah bergaul dan mesra, berbanding dengan manusia yang meninggi diri. Orang yang meninggi diri walaupun tidak terlahir dari percakapannya, tetapi dapat dikesan dari sikapnya.

"Kamu sembahla Allah dan janganla kamu mempersekutukanNya dan berbuatla baik kepada ibubapa,sahabat,anak2 yatim orang musafir dan jiran tetangga kamu. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang sombong dan bermegah-megah" - Surah an-nissak : 36:114"

Untuk mendapatkan sifat tawaduk perlulah membuang sifat ego dalam hati.Hampir setiap manusia ada sifat ego. Ego menyebabkan kita sukar untuk memuliakan orang lain. Bila diri rasa berkebolehan lebih dari orang lain maka rasa kehambaan kepada Allah berkurangan.Ini di nyatakan dalam hadis qudsi iaitu "Kibir atau sombong itu selendangku, siapa yang memakai selendangku necaya dia tidak akan bau syurga"
Malah iman Ghazali menyatakan sifat ego ini hampir mustahil dibuang dari hati. Namun kita boleh mengurangkan dengan jangan mudah tersinggung atau menyinggung, berlapang dada, terima nasihat , pemaaf dan insafi diri.

Melawan sifat-sifat nagetif hendaklah dilakukan berterusan dengan sabar melakukannya.Ibarat air yang menitis di atas batu, akibat terlalu kerap, walaupun sedikit boleh melekukkan batu. Walaupun di peringkat awal terasa payah, mudah-mudahan bila kita usahakan, ianya menjadi sebahagian dari akhlak diri...

"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang taqwa dan orang-orang yang membuat kebajikan" - Surah al-israa' : 128

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SangKelembai

SangKelembai

'Bout Me

Foto saya
Blog ini merupakan catatan yang berkisar tentang diri gua, namun turut menyentuh isu semasa dan persekitaran. Seorang yang agak simple dan 'selamber rock', tetapi serius dalam perkara yang dirasakan HAQ & BETUL. Suka memerhatikan tingkah laku orang, agak berterus terang, suka menguji dan susah memuji. Salam Kelembai...

TunjukAjarKuSifu

TunjukAjarKuSifu

IMAN...OK ke KO???

IMAN...OK ke KO???

KaTa-kAta HikMah

Carilah kebaikan, milikilah kebaikan, dan warisilah kebaikan.Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang dari racunnya.

Masa Depan Islam

Masa Depan Islam

Jom Usrah

Jom Usrah

Ulama' Meneraju Kepimpinan

Ulama' Meneraju Kepimpinan

BOIKOT MEDIA BN

BOIKOT MEDIA BN

Pengikut

Online

BoRak-BoraK


ShoutMix chat widget

Siasah

My Prem