Kenapa la pagi ni gua rasa macam nak menulis jer. Huhuhu... Mayb keboringan dan hati yang tengah risau dan sedih yang menyebabkan gua terpanggil untuk meluahkan ape yang ada dalam hati skrg nie. Kuikuikui…Sebenarnye gua sekarang nie sedang mengikuti perkembangan ummy tersayang gua yang sekarang masih lagi terlantar di wad Hospital An Nisa’, Machang.
Pada 2 hari yang lepas gua telah dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan berkenaan baby yang dah 6 bulan dalam kandungan ummy dimana menurut apa yang telah dilaporkan oleh doctor ia telah mengalami pengecutan dan sudah pun meninggal dalam kandungan. Menggelabah gua masa tu tapi gua tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan abi bila menerima berita pasal nie. Bagaimana rasanya perasaan seorang ayah apabila penantian yang sepatutnya selama 9 bulan untuk menimang anak berakhir dengan peristiwa seperti ini. Bagaimana pula rasanya perasaan seorang ibu yang mengandungkannya. Pasti kesedihan yang dirasainya. Ingat 2 bulan lagi dapat gak abi menimang anak lelaki. Gua pun dapat la gak adik baru. Pastinya makin bertambah berseri family dengan kehadiran adik baru. Gua ingat lagi impian abi yang nak sangat anak lelaki. Tapi, Allah lebih sayangkan baby 2. Ada hikmah disebaliknya. Walaupun juz ‘foster mother’ tapi entah la gua nie memang sayang sesangat kat Rospi’s family nie bcoz… Something2...
Alhamdulillah janin dalam kandungan ummy pun dah selamat dikeluarkan petang semalam melalui cara normal bukan melalui pembedahan. Keadaan ummy pagi nie pun masih stabil macam malam tadi. Melalui SMS dapat gak gua mengikuti perkembangan ummy melalui abi.
Berdasarkan kepada cara abi reply sms jelas menampakkan kesedihan dan kehampaan hati seorang ayah yang tidak berkesampaian untuk menimang seorang anak. Tapi gua bersyukur kerana walaupun baby dalam kandungan ummy tidak dapat diselamatkan tapi sekurang2nya ummy masih selamat. Gua berpendapat abi pun mempunyai rasa syukur yang sama walaupun berita nie memang susah untuk diterima selaku insan biasa.
Abi, La Tahzan... Bersabarlah… Kita merancang, Allah pun merancang, tapi Allah sebaik2 perancang. Ada hikmah disebalik kejadian... Allahuakbar!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Komen kaw2 yer..huhuhu