Siiru 'Ala Barokatillah

Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan


Fuit!!!!!! Taxi…..!!!! K850i gua cuba mencuri perhatian…


“Tahniah, anda layak untuk menduduki ‘Ujian Munsyi’ pada 18 April 2009 sebagai persediaan ke USM. Sila cetak slip kehadiran di www.usm.CetakSLIPKEHADIRAN dan bawa bersama semasa ujian".

Waduh2, bikin kabut dong...

USM....... Universiti Sains Malaysia...








Kalau tak silap gua USM nie dah di upgrade ke APEX Unversity. Bukan calang-calang orang dapat masuk U ni... Ahhhh, abaikan je la sms nie. Masa isi UPU dulu pun bukan harap sangat ngan USM nie. Sekadar cukup syarat katakan, isi jela pe2 kursus. Lagi pun, gua sebenarnya tak ingat pun pe course yang gua pilih di USM tu... Pe2pun, UTHM/UMP tetap menjadi pojaan hatiku...huhuhu...

“Serul, tolong printkan ana punya slip Ujian Munsyi”, Farid tetiba mengarah melalui hset.

“Ok bos, Insyaallah”, gua membalas dengan penuh selamber.

Ai, bersungguh benor si Farid ni nak pergi ujian tu. Pe2jelah...

“Serul, sepupu kau kena ambil Ujian Medsy-UTHM”, sahabat gua cuba meluahkan emosinya yang sedang terganggu tu. Gua sekadar tersenyum sebagai respon kepada kenyataan Hasrizal. Sebenarnya, gara-gara tak amik MUET, member gua sorang nie gagal untuk dapat tawaran mana-mana ujian termasuklah Ujian Medsy dan Munsyi nie...huhuhu... Sabor r bro...

Hari tu berlalu macam tu je. Layan je segala pertanyaan dari member yang bertanya pasal Si Medsy ni. Ramai gak member2 yang dapat tawaran untuk ke ujian 2 sebenarnya. Jawapan dari gua mudah je. UTHM/UMP tetap mejadi pojaan hatiku. Untung kau Mesdy, setiap masa orang duk sebut dan bercakap pasal kau je. Emmmmm... Yang peliknye, gua ngan Farid je setakat ni yang kena pegi ambil Munsyi Test tu. Ai, takkan dapat anugerah “Insan istimewa” lagi kot. Hehehe... Tapi gua masih comfius r. Pe ke benda Ujian Medsy 2 sebenarnya. Walau takder niat nak ambil ujian tu tapi sekurang-kurangnya gua kena ada gak knowlege pasal Si Medsy ni. Senang skit nak berlagak bila orang bertanya pasal ujian ni. Huahuahua...

So, pertanyaan demi pertanyaan gua lontarkan kepada orang yang sepatutnya tapi jawapannya cukup membuatkan gua hampir frust menungging. Sob3... “Awak cari la sendiri apa dia Ujian Munsyi tu”, “Cuba call HEP USM tanya apa dia Ujian Munsyi tu”, “Sorry, lu silap orang, i tak mintak pun UPU”. Yang lebih menggerunkan gua ada yang menjawab “Akak tak tau la dik, akak tak arif bab2 agama ni. Cuba tanya ustaz”. Ahhhhh, apa kena mengena pulak ujian ni dengan ustaz. Ada macam bunyi arab ke Ujian Munsyi 2 hah Kak Mas Ica??? (jangan marah yer FiFi).

Gua semakin kebingungan untuk membuat keputusan setelah didesak oleh member2 supaya mengambil ujian Munsyi tu. “La, cuba dulu beb, dapat ke tak lain citer”, “Senang je question test tu, just answer yes or no jer”, “Rugi r kalau kau lepas peluang nie, lain kali susah dah nak dapat”. Yang sakitkan hati pun ada gak tapi gua buat dono (Don’t Know) je. “Bro, baik kau tak payah pergi. Buat menyibuk je kalau kau pergi”. Gua seolah-olah seperti seorang pelanggan di shopping complex yang sudah terpukau dan terpesona setelah diintrodusing kaw2 oleh amoi Rejoice supaya membeli produknya itu. Kini, hatiku mula jatuh hati pada Munsyi tu. Ok Munsyi, tunggu abg balik menemuimu yer. Huahuahua.....

La, lupa plak. Gua sebenarnya diminta untuk menjadi fesilitator untuk program (kem) bersama adik2 KAFA hujung minggu ni. Kebetulan tarikh Ujian Munsyi tu sama dengan tarikh program tu iaitu 18 April 2009...

Teringat akan komitmen dengan kelas di Ar Rasyidin menambahkan lagi bebanan kepada sel neuron dalam otak kanan gua untuk membuat penilaian dan keputusan dengan lebih logik dan tepat. Mesti student2 gua tertunggu2 kalau gua tak hadir ke kelas nanti expecilly si Izzul & Izzaty tu.

Ujian Munsyi... Program bersama adik2 KAFA... Komitmen di Ar Rasyidin... Ahhhhhhhhh!!!!!!!!



Dilemma tahap Dewa...


Confius yang terlampau...


Kemurungan yang TerAmat....


Termenung Keseorangan...

Jiwa kacau...


Serabut Kepala!!!!!


Serebrum gua mula menunjukkan ketidakstabilannya. 2 3 hari gua cuba mencari penyelesaian tapi kesudahannya... Tiada penyelesaiannya... Gua seolah-olah sedang mengidap penyakit yang agak kronik. Gejala Munsyisme yang kini begitu hebat menyerang bahagian diensefalondalam otak seolah-olah cuba mengundang penyakit jantung kepada diri. Makin tertekan gua dibuatnya... Memaksa gua menggunakan cara dan kaedah terakhir setelah cuba berikhtiar habis-habisan sebelum ni...



Mengadap Ilahi, Istikharah kepadaNya............

Alhamdulillah, seorang hamba sememangnya sentiasa memerlukan pertolongan dari Sang Pencipta, Ar Rahman, Ar Rahim. Sekelip mata sahaja segala permasalahan nie akhirnya terjawab hanya dengan sepotong ayat yang terkeluar dari seorang hambaNya kepada gua.

“Syeikh, enta buat la pilihan berdasarkan kepada kemahuan enta. Cuba penuhi permintaan hati. Jangan penuhi kehendak hawa nafsu diri. USM tu bukan pilihan enta. So, apa nak peningkan kepala. Pilih yang paling aula”



Malam ni baru gua tahu apa itu Ujian Munsyi (klik di sini) tu. Tak perlu tanya/call sape2 lagi. Internetkan ada. So, tak perlu lagi bertanya kepada ustaz walau pada hakikatnya Munsyi tu seolah2 bunyinya macam perkataan arab. huhuhu...

Dengan bantuan dari budak “it’s nieysa” tu plak sedikit sebanyak telah membantu gua dalam menyelesaikan masalah yang semacam serba tak kena sejak beberapa hari nie.... Mmg ntahpepentah tul r si Munsyi ni... Rupa-rupanya Ujian Munsyi nie semacam ujian personaliti je... Aku ingatkan perlu je hafal buku biologi, fizik, kimia untuk menduduki ujian ini. Ujian ni pun tak nak kita memandai membuat kira-kira teorem pithagoras, menghafal sifir 15, atau menghafal jadual elemen kimia semata-mata untuk menduduki ujian ini. Bawak pensel 2B dengan pemadam Stabilo Exam Grad pun dah cukup syaratnya.

La senang je rupa-rupanye...

Tapi, kesimpulannya gua tetap takkan amik Munsyi Test tu... The End.... fullstop, titik, noktah!!! Huhuhu... (macam tergantung je ayat ni kan). K, cau lu beb...



Sesungguhnya, menulis itu satu kepuasan... Ntahpepentah...


Dengan bertemankan PakLah Badawi dan TokGuruNikAziz yang sentiasa tersenyum dan memerhati, gua memberanikan diri untuk menulis. Secawan Radix sudah cukup untuk memberikan kekuatan kepada diri bagi meluangkan masa dengan izzulislam09.blogspot.com yang sentiasa ntahpepentah nie sebelum gua kembali ke aktiviti ‘ibadat sunyi’. Tidak tahu dan sememangnya takkan tahu samaada hari esok masih ada lagi atau tidak. Masih diberi peluang atau tidak untukku beribadat kepadaNya, bergelak ketawa, menangis bersama teman-teman. Itulah hakikat kejadian manusia, WAJIB ke atas dirinya membina ketaqwaan dalam membentuk sifat kehambaan kepadaNya. Pelajari dan fahamilah bagaimanakah cara beriman kepada Qada’ & Qadar...

Hari ini gua pressure skit bila teringatkan beberapa ujian dan musibah yang gua sedang hadapi sekarang nie. Sesak nafas dibuatnya. Rasa macam nak lari je dari masalah2 nie tapi mujurlah sempat gak untuk berfikir dengan waras. Kata-kata dari Abi tetap menjadi pengubat segala duka. huhuhu... Laptop nie la yang selalu jadi teman setiap kali gua hilang arah. Dalam duk leka bukak folder2 lama tetiba terjumpa 1 folder dengan title "Rahsia Di Sebalik Folder". Gua ingat lagi folder ni gua hasilkan setahun yang lepas. Isi kandungan folder tu telah membuatkan gua teringat kembali zaman silam gua yang 'bajet bez' 2. Yang lebih menariknya gua terjumpa satu artikel/sajak yang selalu buat gua 'tangkap nangis' setiap kali membacanya (dulu la...). Meh sama2 baca k gua kongsikan pengalaman setahun yang lalu yang sentiasa ntahpepentah...huhuhu...yeyeh!!!


Seandainya Kelantan Tewas…

" Ya ALLAH, izinkan kami di sini menyimpan kenangan manis itu untuk melegakan kepedihan sekiranya Kelantan tewas. Hanya kepadaMu kami sembah, Hanya kepadaMu kami bermohon, hanya kepadaMu kami berlindung.

Amin ya Rabalalamin...”

Oleh : AdukaTaruna

Seandainya Kelantan tewas.
Terima kasih ALLAH kerana mengajarku terlalu banyak perkara…

Terima kasih ALLAH kerana menunjukkan kepadaku terlalu banyak perkara…
Apa itu air mata, apa itu tok guru, apa itu penderitaan, apa itu kasih sayang
Ah… Terlalu banyak yang tidak tersenarai…


Seandainya Kelantan tewas.
Terima kasih ALLAH atas apa yang dipinjamkan selama ini…

Ampunkan dosa pemimpinnya dan rakyat di dalamnya selama ini...
Merekalah yang memberi semangat kepada kami di sini...
Merekalah yang memandu perjuangan kami di sini...
Ampunkan dosa mereka Ya ALLAH,

Ya ALLAH, terlalu banyak jasa mereka kepada kami di sini sepanjang tempoh peminjamanMu Kelantan kepada mereka.


Seandainya Kelantan tewas.
Berikanlah sedikit hadiah kepada mereka ya ALLAH...
Berikanlah sedikit ketenangan kepada kami di sini ya ALLAH...
Walaupun kami dan mereka tidak layak untuk itu..
Tapi kasihanilah kami Ya ALLAH..
Hanya kepadaMu kami merintih dan mengadu.

Seandainya Kelantan tewas.
Kami tidak lagi mempunyai kuasa pengimbang melindungi hak-hak muslim di tanah ini Ya ALLAH...
Lindungi wanita-wanita kami Ya ALLAH...
Lindungi anak-anak kami Ya ALLAH...
Lindungi ulama-ulama kami Ya ALLAH...
Lindungi peniaga-peniaga kami Ya ALLAH...
Yang mengizinkan tewas itu Engkau Ya ALLAH...
Dan yang melindungi kami juga adalah Engkau Ya ALLAH.


Seandainya Kelantan tewas.
Izinkan kami akan menyimpan kenangan manis tersebut selama-lamanya...
Jangan dipadamkan kenangan itu dari hati kami Ya ALLAH...
Jangan diluputkan sejarah itu dari kami Ya ALLAH...
Supaya anak-anak kami mengetahuinya, Ya ALLAH...
Semoga anak-anak kami bangkit menyambungnya Ya ALLAH...


Seandainya Kelantan tewas.
Walaupun berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu...
Kami hanya adaMu Ya ALLAH...
KepadaMu kami serahkan masa depan kami, anak-anak kami, wanita-wanita kami...
Bantulah kami meneruskan kehidupan agamaMu dalam suasana yang tidak menentu...
Jangan bebankan pundak kami dengan apa yang kami tidak mampu menggalasnya...
Hanya kepadaMU kami berserah.


Seandainya Kelantan tewas.
Terima kasih ALLAH atas pinjamanMu selama ini untuk kami di sini...
Terima kasih Tok Guru dan ulama atas tunjuk ajar kalian selama ini untuk kami di sini...
Terima kasih rakyat Kelantan kerana membina model negara Islam yang dicemburui selama ini...
Terima kasih semuanya.


Ya ALLAH, izinkan kami di sini menyimpan kenangan manis itu untuk melegakan kepedihan sekiranya Kelantan tewas.

HanyaMu kami sembah, HanyaMu kami bermohon, hanyaMu kami berlindung.

Amin ya Rabalalamin...


Seandainya Kelantan Tewas...


“Assalamualaikum, kepada Al Fadhil Ustaz yang dikasihi dan disayangi, kami dari anak didik di Akademi Ar Rasyidin mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke 15. Moga-moga Ustaz diberikan kekuatan dan thabat dalam perjuangan. Doakan kami juga seperti Ustaz hendaknya. Takbir!!!”


Ucapan ini gua copy & paste dari K850i gua yang mana ianya telah dihantar melalui SMS oleh staff Akademi Ar Rasyidin untuk ditujukan khas buat MyBigBoss, di atas ulang tahun perkahwinan beliau yang ke 15. Perkongsian hidup bersama Ustazah Hamidah dan anak-anak cukup memberi makna yang mendalam kepada beliau dan perjalanan hidup beliau yang penuh dengan onak duri dalam memikul ‘title’ sebagai seoraang pendokong islam ini telah dijadikan motivasi dan inspirasi kepada gua dalam memahami dan menempuh hakikat sebenar sebagai seorang da’e.

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi. Inilah MyBigBoss yang gua maksudkan. Tq di atas segala ilmu dan pengalaman, teguran dan nasihat, pujian dan kemarahan, kegembiraan dan kesedihan, kegigihan dan ketabahan, jeritan dan laungan, semangat dan pengorbanan, pengucap dan pendengar, ceramah dan syarahan, semangat dan kelasakan, semua ini telah menyedarkan aku erti sebuah kehidupan. Aku amat kagum dan bangga denganmu... Aku juga begitu kagum dengan “sayap kirimu”, Ustazah Hamidah. Moga-moga bakal “sayap kiriku” juga seperti Ustazah. Berjuang dan berkongsi hidup, senang atau susah... Bersama-sama...

Ku merindui untuk bermusafir denganmu lagi... Ustaz... Allahuakbar!!!

Catatan dari suara hati seorang Pegawai Khas Akademi Ar Rasyidin...

Alhamdulillah ada masa gak gua meluangkan masa dengan blog ntahpepentah gua ni. Bagi gua menulis itu merupakan satu kepuasan yang tak terhingga walaupun tiada siapa yang berminat untuk baca tulisan gua ni. Tapi itulah nikmat yang gua dapat kecapi setelah meluahkan segala isi hati yang berbentuk tulisan ini.


Akhirnya gua telah diserang bertalu2 dalam persatuan gua sendiri kerana telah memihak kepada satu persatuan yang baru ditubuhkan ini. Pelbagai persoalan dan pertanyaan telah dikemukakan oleh pihak-pihak atasan persatuan berikutan tindakan gua yang dikatakan bercanggah dengan peraturan persatuan. Tindakan gua untuk meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta juga telah mengejutkan ramai pihak dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan gua dikritik dan didesak supaya meminta maaf di atas salah laku gua ini.


Gua berpendirian segala tindakan gua ini bukannya merupakan satu kesilapan dan kesalahan yang besar tetapi sebagai respon untuk memnunjukkan kepada semua termasuk pucuk pimpinan yang gua sebenarnya serius dengan pendirian gua ini iaitu untuk terus berada dalam persatuan baru yang ditubuhkan ini.


Antara kritikan yang gua terima adalah berkaitan tindakan gua yang terburu-buru untuk meletakkan jawatan dalam persatuan tersebut tanpa ada perbincangan. Mereka mempersoalkan kenapa perlu adanya persatuan yang baru sedangkan persatuan yang sedia ada sudahpun memainkan peranannya. Persoalan kenapa tidak wujudkan perbincangan??? Perkara yang gua anggap melucukan untuk dibangkitkan...


Gua lucu tengok gelagat sesetengah pimpinan persatuan yang dulu seolah-olah tidak ubah seperti cacing dalam kepanasan. Mudah melatah bila berlaku krisis. Keadaan sekarang tidak ubah seperti isu PPSMI. Perlawanan antara tokoh bahasa dan kerajaan M’sia. Lucu...lucu... Siapa yang tidak berbincang dengan siapa sebenarnya ni? Naik penat dak kita explain kepada pimpinan akan perkara yang berlaku sebenar tapi apa tindakannya??? Habuk pun tiada... Takkan la kitorang perlu mohon ampun derhaka gak kot kepada pimpinan2...


Apa-apa pun bagi gua, bertindak mendiamkan diri lebih baik buat masa ini. Kita lihat siapa yang kena coz bola tanggung sudah diberikan... Tunggu masa untuk di smach. Huhuhu...


Menulis itu satu kepuasan.... Ntahpepentah...

Erm, kali ni gua cuba mencipta artikel untuk dikongsi… Dan entah kenapa gua terasa nak bercakap tentang kitalah yang menjadi hiasan dunia. Huhuhu!!!

SahabatKU…

Dunia ini adalah taman singgahan sementara. Hidup ini ibarat perjalanan yang masih jauh mencapai destinasinya. Perjalanan ini harus cermat dipandu. Kalau tanpa hemah kemungkinan kecelakaan yang bakal bertandang. Saat itu antara hidup dan maut menjadi harapan. Kalau masih berkesempatan meneruskan hidup, perjalan mungkin masih boleh disambung. Itu pun makan masa untuk sembuh dari luka-luka kecelakaan. Ha, sempatlah mencari makna keinsafan! Kalau sebaliknya pula? Maut bertamu? Haduh, celakalah diri kau….

Kalau benang dah basah,
Bagaimana mampu ditegakkan?

Kalau diri sendiri pula duduk dalam bakul,
Mustahil la untuk diangkat sendiri….

Dah jupe gading elok,
Tanduk lame juga yang ditingglkan….

Api lawan api, hangus juga yang jadi hasil,
Untung sapa yang dapat?
Kalau dah hangus tu rugilah yang menang…..

Itulah gelagat manusia….

Huh, balik-balik penyesalan jugak menjadi noktahnya. Haduh gelagat manusia cukup memuakkan perut bumi ini menerima MEREKA sebagai tetamunya. Nasiblah, bumi ini cukup beramanah menjalankan tugasan yang telah ditetapkan TUHAN kepadanya….

Kalau bumi ini bersifatkan manusia, entah di mana manusia ini hendak bermukim? Cukup membuktikan manusia itu terlalu ego dalam kebodohan membanggakan kesempurnaan sifatnya. Padahal ALLAH itu lebih dahsyat kesempurnaan-Nya. Hai, mau mencabar apa? Rezeki diberi jangan ditolak, bala jangan dimintak, maut jangan ditempah!

Gua rasa cukup setakat ini untuk kita membuka minda berfikir sejenak. Menyedari hakikat kita sebenarnya adalah HAMBA kepadaNya.

Andai kata-kata gua ini tidak disenangi gua memohon jutaan kemaafan atas kekasaran ini. Bukan bersifat menuding jari pada sapa-sapa, bahkan ianya adalah amaran untuk diri sendiri!!

P/s : Perjuangan hidup ini mencari redha ALLAH… Bukan mencipta nama untuk dibanggakan. Bersatulah wahai Ansarullah!! Kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah… Itu pegangan kita semua. Usah terpedaya dengan helah musuh….

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SangKelembai

SangKelembai

'Bout Me

Foto saya
Blog ini merupakan catatan yang berkisar tentang diri gua, namun turut menyentuh isu semasa dan persekitaran. Seorang yang agak simple dan 'selamber rock', tetapi serius dalam perkara yang dirasakan HAQ & BETUL. Suka memerhatikan tingkah laku orang, agak berterus terang, suka menguji dan susah memuji. Salam Kelembai...

TunjukAjarKuSifu

TunjukAjarKuSifu

IMAN...OK ke KO???

IMAN...OK ke KO???

KaTa-kAta HikMah

Carilah kebaikan, milikilah kebaikan, dan warisilah kebaikan.Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang dari racunnya.

Masa Depan Islam

Masa Depan Islam

Jom Usrah

Jom Usrah

Ulama' Meneraju Kepimpinan

Ulama' Meneraju Kepimpinan

BOIKOT MEDIA BN

BOIKOT MEDIA BN

Pengikut

Online

BoRak-BoraK


ShoutMix chat widget

Siasah

My Prem