Siiru 'Ala Barokatillah

Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan

Alhamdulillah ada masa gak gua meluangkan masa dengan blog ntahpepentah gua ni. Bagi gua menulis itu merupakan satu kepuasan yang tak terhingga walaupun tiada siapa yang berminat untuk baca tulisan gua ni. Tapi itulah nikmat yang gua dapat kecapi setelah meluahkan segala isi hati yang berbentuk tulisan ini.


Akhirnya gua telah diserang bertalu2 dalam persatuan gua sendiri kerana telah memihak kepada satu persatuan yang baru ditubuhkan ini. Pelbagai persoalan dan pertanyaan telah dikemukakan oleh pihak-pihak atasan persatuan berikutan tindakan gua yang dikatakan bercanggah dengan peraturan persatuan. Tindakan gua untuk meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta juga telah mengejutkan ramai pihak dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan gua dikritik dan didesak supaya meminta maaf di atas salah laku gua ini.


Gua berpendirian segala tindakan gua ini bukannya merupakan satu kesilapan dan kesalahan yang besar tetapi sebagai respon untuk memnunjukkan kepada semua termasuk pucuk pimpinan yang gua sebenarnya serius dengan pendirian gua ini iaitu untuk terus berada dalam persatuan baru yang ditubuhkan ini.


Antara kritikan yang gua terima adalah berkaitan tindakan gua yang terburu-buru untuk meletakkan jawatan dalam persatuan tersebut tanpa ada perbincangan. Mereka mempersoalkan kenapa perlu adanya persatuan yang baru sedangkan persatuan yang sedia ada sudahpun memainkan peranannya. Persoalan kenapa tidak wujudkan perbincangan??? Perkara yang gua anggap melucukan untuk dibangkitkan...


Gua lucu tengok gelagat sesetengah pimpinan persatuan yang dulu seolah-olah tidak ubah seperti cacing dalam kepanasan. Mudah melatah bila berlaku krisis. Keadaan sekarang tidak ubah seperti isu PPSMI. Perlawanan antara tokoh bahasa dan kerajaan M’sia. Lucu...lucu... Siapa yang tidak berbincang dengan siapa sebenarnya ni? Naik penat dak kita explain kepada pimpinan akan perkara yang berlaku sebenar tapi apa tindakannya??? Habuk pun tiada... Takkan la kitorang perlu mohon ampun derhaka gak kot kepada pimpinan2...


Apa-apa pun bagi gua, bertindak mendiamkan diri lebih baik buat masa ini. Kita lihat siapa yang kena coz bola tanggung sudah diberikan... Tunggu masa untuk di smach. Huhuhu...


Menulis itu satu kepuasan.... Ntahpepentah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komen kaw2 yer..huhuhu

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SangKelembai

SangKelembai

'Bout Me

Foto saya
Blog ini merupakan catatan yang berkisar tentang diri gua, namun turut menyentuh isu semasa dan persekitaran. Seorang yang agak simple dan 'selamber rock', tetapi serius dalam perkara yang dirasakan HAQ & BETUL. Suka memerhatikan tingkah laku orang, agak berterus terang, suka menguji dan susah memuji. Salam Kelembai...

TunjukAjarKuSifu

TunjukAjarKuSifu

IMAN...OK ke KO???

IMAN...OK ke KO???

KaTa-kAta HikMah

Carilah kebaikan, milikilah kebaikan, dan warisilah kebaikan.Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang dari racunnya.

Masa Depan Islam

Masa Depan Islam

Jom Usrah

Jom Usrah

Ulama' Meneraju Kepimpinan

Ulama' Meneraju Kepimpinan

BOIKOT MEDIA BN

BOIKOT MEDIA BN

Pengikut

Online

BoRak-BoraK


ShoutMix chat widget

Siasah

My Prem