Aku Pelik...
Kenapa ya???
Bila anak-anak kecil bermain kat pantai, mereka hanya lebih berminat untuk kutip kulit² kerang or siput jer. Kenapa la diorang tak berminat pun nak kutip sampah sarap yang merata bertaburan kat tepi pantai tu (termasuk sekali Pantai TC tu). [garu kepala]
Kenapa ya???
Sekali lagi pasal pantai. Bila main/mandi kat pantai, ramai yang rata²nya akan lebih berminat untuk bina “Istana Pasir” (bukan setakat bebudak je la, yang golongan ayah mahu pun datuk orang pun dah termasuk sama). Maybe terpengaruh dengan ‘barat’ kot. Orang buat Istana Pasir kita pun menyibuk sama. Kenapa tak je bina KLCC. Aku rasa kalau bina TUGU NEGARA kan lagi baik. Sambutan Hari Kemerdekaan pun dah dekat. Sahut skit seruan kerajaan. Malaysia Boleh!!! 1Malaysia. [tersengih sambil mengangkat sebelah tangan lalu menjerit MALAYSIA BOLEH tapi seolah² mahu tergelak. Wakaka...]
Aku pun pelik...
Kenapa ya bila pergi shopping kat mana² super/giant market or mini skali pun, bila tengok je kat tag price mesti akan ada nilai 99 sen or 90 sen. “Sale-New Arrive : RM49.99 sen”. (Kenapa tak genapkan terus harga² tu tokey???). Takde la susah-susah nak sediakan syiling 1 or 5 sen sebagai duit baki. [gigit kuku tangan kanan sambil tangan kiri cuba koyakkan tag price pada kotak kasut NIKE]
Aku menjadi semakin pelik bila ramai perempuan Islam yang beranggapan aurat mereka tu sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan umum. [Melayu mudah lupa, wanita melayu pun mudah lupa...]
Lagi pelik bila para gurlz ni beranggapan aurat mereka ni hanya sesuai ditutup pada hari jumaat je. Hari jumaat merupakan Hari Menutup Aurat Sedunia bagi mereka. Konon²nya la... Seolah² aurat merupakan salah satu adat lapuk yang diperturunkan oleh nenek moyang.
Bila sebut H1N1 aku kira masih ramai lagi masyarakat yang tidak prihatin untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan virus yang dah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia ni. Tidak cukup dengan tu pernah wujud pertikaian yang berlaku dengan perjenamaan nama virus tu. Ahhh, bukan tu yang aku nak bincangkan tapi apa aku nak sebutnya adalah makhluk yang semakin famous nie iaitu En. Barbie. Apa yang menarik pada En. Barbie ni adalah semua orang tahu makhluk ni makhluk HARAM. Tapi bagaiman pula dengan judi, arak, zina? Tak haram ke? waduh3... Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, En. Barbie pulak demam meninggalkan H1N1. [apa kena mengena plak ngan pepatah ni aku pun tak tau. Huhuhu)
Aku pun pelik bila ramai pemimpin kerajaan yang saling bersahutan dan bertungkus lumus untuk menjayakan kempen mengurangkan masalah sosial yang berlaku di kalangan ramaja tetapi masih tetap membenarkan penganjuran konsert2 dan majlis2 yang berbentuk hiburan yang melampau + maksiat + pergaulan bebas lelaki perempuan. Aku kira majlis ilmu agama yang menekankan konsep tauhid (Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Asma’ Was Sifat) sangat jauh ketinggalan berbanding dengan program yang menjadi penyebab sebenar berlaku kerosakan kepada ramaja. [Lu pikir la sdiri!!!]
Huh!!!
Yang ni lagi pelik la. Pasal program hiburan VS program keagamaan kat TV tu... Aku kira lau sebut pasal program hiburan, memang berlambak² la. Mentor, AF, Jangan Lupa Lirik, Tom² Bak (ai, macam minat je). Siaran ke udara plak memang time panas. Waktu yang biasanya orang akan ngadap TV. Waktu yang sesuai untuk lepak² dan bersantai bersama keluarga – parent dan anak². Program keagamaan??? Ada ke patut siaran Tafsir Quran pukul 2 pagi. Sape la nak tengok. Mat rempit? Huhuhu... kelakar2...
Kalau nak dinyatakan keseluruhan rasa pelik aku ni aku kira takkan habis punya. So, pesanan penaja :
“Peliklah Kamu Sebelum Kamu Pula Yang Dipelikkan”
Ngantuknya petang nie... Tidur lu beb... Ahhh, bulan puasa la... tak jadi nk tidooo...
0 ulasan:
Catat Ulasan
Komen kaw2 yer..huhuhu