Siiru 'Ala Barokatillah

Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan

Alhamdulillah. Segala puji dan syukur itu hanya tentunya bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam. Kepada Allah yang memegang hati-hati, yang membolak-balikkan hati ini, ku mohon Kau tabahkan hati hambaMu ini dengan segala kekuatan yang telah Kau kurniakan.

Isra' dan Mikraj

Tajuk utama perbualan yang telah dimulakan oleh Farid dalam kami lepak-lepak di Restoran Zam-Zam lewat malam tadi. Itulah hebatnya geng2 PUTIP ni jika setiap kali berkumpul. Penuh dengan pengisian. Tazkirah ringkas yang telah di bawa khas dari program Unit Amal di Cameron Highland hujung minggu lepas. Rugi rasanya tidak dapat join program tu gara-gara kesakitan pada tulang belakang yang melampau sejak beberapa hari yang lalu. huhuhu...

Dalam diam aku cuba mengamati kembali tazkirah yang telah disampaikan oleh Farid berkenaan kisah Rasulullah SAW diIsra' dan kemudian dimikrajkan tu. Maha Suci Allah... Hati kembali gelisah mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan ini. Takut.... Bimbang... akan dosa-dosa yang telah dilakukan di zaman yang penuh kealphaan dulu... hingga kini...

Kisah bagaimana Rasulullah SAW telah berpeluang untuk melihat gambaran-gambaran yang ditunjukkan terhadap mereka yang telah melakukan dosa-dosa di dunia.

Mengumpat, makan riba, makan harta anak yatim, meninggalkan solat, tidak mengeluarkan zakat, melakukan zina...

Tidak amanah...

Mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya...

dll...

Ya, aku tahu kita semua tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan... melakukan dosa... tapi perlu diingat adakah kesilapan itu merupakan satu perbuatan dosa? Mampu lagi kita bergelak ketawa di kedai-kedai makan sambil bibir mulut bersiul... sibuk memanggil "Si Awek" yang lalu lalang... Bergelimpangan...

"Si Awek" plak sengaja berjalan terhuyung hayang dengan aurat yang terdedah... ntahpepentah... emmmmmm... tak bleh blah...

Hakikatnya, umat Islam sudah pun dilanda wabak penyakit yang boleh menimbulkan keresahan dan kegelisahan dalam setiap diri. Kesannya, kesihatan fizikal atau jasmani manusia samaada dianya sendiri (pelaku dosa) mahu pun manusia sekeliling akan mula merasakan penderitaan jiwa dalam setiap diri masing-masing... Gelisah...

Ingat, dalam kita sibuk melakukan dosa, jangan sesekali kita lupa yang kita juga memberi peluang kepada pihak lain untuk sama membuat dosa...

Jika ada yang cuba memberi nasihat, pastinya gelaran "Penyibuk" atau "Bajet Baik Sangat" yang akan dianugerahkan. Pehal nie BRO/SIS??? Sampai bila diri tidak boleh menerima seruan 'takwa'. Meminggirkan istilah 'belum bersedia' atau 'masih muda'... Atau lebih parah 'kubur lain-lain'...

Ibarat seorang anak perantau yang sudah lama tidak menjenguk kampung halaman. Pasti hati akan sentiasa gelisah selagi mana tidak dapat menjejak kaki ke hampung halaman. Sebab, itulah tempat asal usulnya... Tidak boleh berpisah...

Begitu juga kita selaku manusia. Tidak boleh berpisah dengan sifat asalnya kita semua bertuhan. untuk merasai nikmat bertuhan perlulah adanya rasa takut dan berserah diri kepada tuhan... Tiada sifat melawan...

Itulah TAKWA. Mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hanya penyerapan diri kepada ilmu-ilmu dosa pahala syurga dan neraka sahaja yang mampu 'memuhasabahkan' diri dalam erti kata mengenal hakikat sebagai seorang hamba.

Bulan Ramadhan...

Satu persoalan WAJIB dilontarkan kepada seluruh umat suatu agama yang bergelar ISLAM . Satu pertanyaan yang seharusnya berbunyi adakah kita semua sudah membuat persediaan untuk menyambut bulan yang penuh berkat itu. Bulan yang mana mampu "memback-up" balik akan kekurangan amalan pahala dan lebihnya calaran dosa sepanjang 11 bulan yang lepas. Dimana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka sebaliknya. Bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.

Buatlah persiapan seawalnya agar kita tidak terkial-kial mencari kitab-kitab lama untuk dijadikan rujukan... bila tiba masanya nanti yakni bulan ramadhan... Bulan Tarbiah untuk kita semua selaku hamba...



Ntahpepentah...


0 ulasan:

Catat Ulasan

Komen kaw2 yer..huhuhu

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SangKelembai

SangKelembai

'Bout Me

Foto saya
Blog ini merupakan catatan yang berkisar tentang diri gua, namun turut menyentuh isu semasa dan persekitaran. Seorang yang agak simple dan 'selamber rock', tetapi serius dalam perkara yang dirasakan HAQ & BETUL. Suka memerhatikan tingkah laku orang, agak berterus terang, suka menguji dan susah memuji. Salam Kelembai...

TunjukAjarKuSifu

TunjukAjarKuSifu

IMAN...OK ke KO???

IMAN...OK ke KO???

KaTa-kAta HikMah

Carilah kebaikan, milikilah kebaikan, dan warisilah kebaikan.Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang dari racunnya.

Masa Depan Islam

Masa Depan Islam

Jom Usrah

Jom Usrah

Ulama' Meneraju Kepimpinan

Ulama' Meneraju Kepimpinan

BOIKOT MEDIA BN

BOIKOT MEDIA BN

Pengikut

Online

BoRak-BoraK


ShoutMix chat widget

Siasah

My Prem