Salam 1 Akidah… Rasanye lame benor gua xupdate blog nie kn... Al-Maklumla bila idea tuk menulis da kureng... Mood lak mcm ntahpepentah je slalu... Badan pun dalam sari dua nie asik2 ponat je smcm... Ntahpepentah tul... Penat tahap gaban... Ahhhhh mlsnye nk pegi usrah kawasan jap g.... Adoi.... hehehe Pe2pn idup alwayz be fight... Fighting with da life!!! Bad Life!!!
Ini adalah beberapa masjid "terindah" di dunia. Bukti kehebatan seni bina Islam dan keagungannya. Adakah salah satu dari masjid ini pernah anda kunjungi dan melaksanakan solat di sana?

Masjidil Haram , Mekah , Saudi Arabia
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR
BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
Wallahualam
Aku Pelik...
Kenapa ya???
Bila anak-anak kecil bermain kat pantai, mereka hanya lebih berminat untuk kutip kulit² kerang or siput jer. Kenapa la diorang tak berminat pun nak kutip sampah sarap yang merata bertaburan kat tepi pantai tu (termasuk sekali Pantai TC tu). [garu kepala]
Kenapa ya???
Sekali lagi pasal pantai. Bila main/mandi kat pantai, ramai yang rata²nya akan lebih berminat untuk bina “Istana Pasir” (bukan setakat bebudak je la, yang golongan ayah mahu pun datuk orang pun dah termasuk sama). Maybe terpengaruh dengan ‘barat’ kot. Orang buat Istana Pasir kita pun menyibuk sama. Kenapa tak je bina KLCC. Aku rasa kalau bina TUGU NEGARA kan lagi baik. Sambutan Hari Kemerdekaan pun dah dekat. Sahut skit seruan kerajaan. Malaysia Boleh!!! 1Malaysia. [tersengih sambil mengangkat sebelah tangan lalu menjerit MALAYSIA BOLEH tapi seolah² mahu tergelak. Wakaka...]
Aku pun pelik...
Kenapa ya bila pergi shopping kat mana² super/giant market or mini skali pun, bila tengok je kat tag price mesti akan ada nilai 99 sen or 90 sen. “Sale-New Arrive : RM49.99 sen”. (Kenapa tak genapkan terus harga² tu tokey???). Takde la susah-susah nak sediakan syiling 1 or 5 sen sebagai duit baki. [gigit kuku tangan kanan sambil tangan kiri cuba koyakkan tag price pada kotak kasut NIKE]
Aku menjadi semakin pelik bila ramai perempuan Islam yang beranggapan aurat mereka tu sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan umum. [Melayu mudah lupa, wanita melayu pun mudah lupa...]
Lagi pelik bila para gurlz ni beranggapan aurat mereka ni hanya sesuai ditutup pada hari jumaat je. Hari jumaat merupakan Hari Menutup Aurat Sedunia bagi mereka. Konon²nya la... Seolah² aurat merupakan salah satu adat lapuk yang diperturunkan oleh nenek moyang.
Bila sebut H1N1 aku kira masih ramai lagi masyarakat yang tidak prihatin untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan virus yang dah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia ni. Tidak cukup dengan tu pernah wujud pertikaian yang berlaku dengan perjenamaan nama virus tu. Ahhh, bukan tu yang aku nak bincangkan tapi apa aku nak sebutnya adalah makhluk yang semakin famous nie iaitu En. Barbie. Apa yang menarik pada En. Barbie ni adalah semua orang tahu makhluk ni makhluk HARAM. Tapi bagaiman pula dengan judi, arak, zina? Tak haram ke? waduh3... Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, En. Barbie pulak demam meninggalkan H1N1. [apa kena mengena plak ngan pepatah ni aku pun tak tau. Huhuhu)
Aku pun pelik bila ramai pemimpin kerajaan yang saling bersahutan dan bertungkus lumus untuk menjayakan kempen mengurangkan masalah sosial yang berlaku di kalangan ramaja tetapi masih tetap membenarkan penganjuran konsert2 dan majlis2 yang berbentuk hiburan yang melampau + maksiat + pergaulan bebas lelaki perempuan. Aku kira majlis ilmu agama yang menekankan konsep tauhid (Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Asma’ Was Sifat) sangat jauh ketinggalan berbanding dengan program yang menjadi penyebab sebenar berlaku kerosakan kepada ramaja. [Lu pikir la sdiri!!!]
Huh!!!
Yang ni lagi pelik la. Pasal program hiburan VS program keagamaan kat TV tu... Aku kira lau sebut pasal program hiburan, memang berlambak² la. Mentor, AF, Jangan Lupa Lirik, Tom² Bak (ai, macam minat je). Siaran ke udara plak memang time panas. Waktu yang biasanya orang akan ngadap TV. Waktu yang sesuai untuk lepak² dan bersantai bersama keluarga – parent dan anak². Program keagamaan??? Ada ke patut siaran Tafsir Quran pukul 2 pagi. Sape la nak tengok. Mat rempit? Huhuhu... kelakar2...
Kalau nak dinyatakan keseluruhan rasa pelik aku ni aku kira takkan habis punya. So, pesanan penaja :
“Peliklah Kamu Sebelum Kamu Pula Yang Dipelikkan”
Ngantuknya petang nie... Tidur lu beb... Ahhh, bulan puasa la... tak jadi nk tidooo...
Ramadhan
syahrul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku
Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku
Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir
Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim
Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung
Ahhhhh.... naik pening aku untuk menjawab soalan yang bertalu2 yang ditujukan khas oleh member2 lama aku berkenaan dengan isu panas yang berlaku sejak beberapa hari yang lepas.
Isu "Ahli Umno Tak Masuk Syurga"
Sekali lagi aku terpaksa "paw" maklumat dari shbat baik aku, Ir. Farid dan senior aku masa study kat SIC dulu, Nik Joe... huhuhu
Juga ada perasaan bimbang untuk menjawab semua soalan yang diajukan pasal isu tu. Lebih2 lagi melalui SMS. Cakap A orang faham B. Lebih parah cakap A faham F or H. Lebih baik aku serah atau bertanya pada yang lebih pakar (walaupun dengan cara "paw". hehehe...).
Jangan jadi seperti Abdullah bin Ubai yang mengaku Islam.. Yang sama2 sembahyang bersama nabi dan sahabat (bukan saf belakang sekali mcm kita tapi betul2 belakang Nabi SAW), berdoa bersama nabi malah pernah turut serta dalam peperangan bersama nabi dan sahabat (dalam peperangan Bani Mustaliq) tetapi dihati mereka ada sikap untuk tidak yakin kepada Islam serta berusaha untuk memisahkan Politik dalam urusan Agama yang dibawa Nabi s.a.w.. Sikap-sikap sebegini, memang sahih bercanggah dan orang-orang yang macam ni lah yang dikiaskan oleh TGNA sebagai golongan yang tak masuk syurga!!!
Na 'u Zubillah Hi Minzalik...
"Saya pon tahu doh, otak UMNO dangan otak PAS serupo jah, sama bodo sama cerdik belako. Tapi kalu nak buat modal nie dalam pilihanraya, kerja bodo belako, nak tunjukkan kebodohe kito dalam berpolitik" - Tok Guru Nik Aziz.
Media yang melaporkan isu ni, diharap bertanggungjawab dengan kenyataan yang telah dikeluarkan! Yang telah diputar-belitkan dari maksud asal...
Khamis Ogos 13, 2009
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Pernah merakamkan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur berduet dengan Amy Search.
Ucapan takziah kepada keluarga beliau. Al Fatihah...














+image001.jpg)



