Siiru 'Ala Barokatillah

Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan



"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)


"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya

sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Akhirnya jumpa gak aku dengan artikel yang sememangnya dah lama aku cari-carikan ni. Kalau masih ingat post aku yang lepas bertajuk "Bencana Novel dan Filem Cinta Islam", post kali ini adalah rentetan darinya dan telah aku jadikan hujah dan penyebab mengapa aku ni semacam budak yang “Anti-Novel2 Islamik” walaupun aku pernah habiskan novel “Lagenda Budak Setan”. Huhuhu... tu dulu ar beb!!! Selamat membaca dan pesanan penaja, “Jangan Melatah Bila Dah Habis Baca Artikel Ni OK”



Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentangtanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini. Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.



Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia. Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".



Cinta Remaja Dakwah

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta.



Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "CintaUkhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan.

Menarik lagi gejala ini menular dikalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam.



Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.



Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...



Salah Faham Ukhuwwah Fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan dijambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.



Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka. Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.



Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan"ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.



Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.



Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".



Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyyah juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.


(Majalah i Edisi Bulan Februari)



p/s: Memang aku sengaja ‘pau’ artikel ni untuk dijadikan post terbaru aku. Sepatutnya kita haruslah saling berusaha menjaga nama baik para pendakwah yang telah mengintima’kan diri dalam jemaah Islam ini tapi oleh kerana ramai di kalangan sahabat aku yang telah menyalah ertikan hadis-hadis di atas dan selalu menggunakan nama Islam untuk menghalalkan cara dan tindakan mereka itu yang jelas melanggar syariat Islam, so “Cinta Anta Anti” ini seharusnya menjadi tauladan dan buah fikiran buat kita semua... Bukan Sekadar Muhasabah!!!


Pada 13 Jun 2009 (Sabtu) yang lepas telah berlangsung satu lagi program anjuran Akademi Ar Rasyidin (AR) iaitu Seminar Motivasi yang telah diadakan di Dewan, Akademi Ar Rasyidin. Proram ini merupakan program terakhir yang telah dianjurkan oleh pihak akademi bersempena dengan cuti sekolah. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing untuk seminar ini.

Selaku staff AR, aku tidak ‘terpinggir’ dalam mengendalikan program ini setelah hampir 2 minggu berehat dalam mengendalikan sebarang program di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Program seperti ini merupakan program ‘pebret’ aku kerana ianya melibatkan kanak-kanak.

Iklan : Aku suka kanak-kanak expecially baby ok... huhuhu...

Dengan menggunakan khidmat tenaga Farid Engineer sebagai Kor-Leader , SangKelembai,Damai Hijau dan Lokman Junior sebagai tenaga fesilitator, Alhamdulillah program berjalan lancar.

Pelbagai skill dan modul telah digunakan semata-mata untuk “menundukkan” kelicikan, kenakalan, dan sifat semulajadi (hiper-aktif) yang ada pada setiap diri peserta walaupun perangai-perangai mereka ini sepatutnya layak dilayan dengan pelempang dan penyiku jer. Hehehe... huhuhu...

Kemuncaknya adalah slot muhasabah yang telah diadakan di penghujung program. Slot yang aku selalu nanti-nantikan. Slot yang biasanya akan ada situasi “tangkap nangis”. Kali ni kami telah cuba menghadirkan konsep ketuhanan dan keibu bapaan dalam setiap diri para peserta.

LDK : Kerjasama

Aku tidak melepaskan peluang yang ada dengan hanya berdiam diri sahaja. Farid Engineer dan Damai Hijau memulakan rentak dan aku menambahkan lagi ‘kekusut-masaian’ yang telah tersedia ada.

Huahuahua... Ramai gak yang menangis sampai meraung-raung macam kena histeria atau penyakit sawan. Tapi kali ni lain sikit. Ada seorang peserta tu terlebih histeria walaupun slot muhasabah tu dah pun selesai.

“Nak balik... Nak balik... Adik nak jumpa umi, aboh... Nak balik...”

Lebih kurang macam tu la keadaan adik tu... Ganaz tak team aku... huhuhu... Anak didikan Cikgu Raja katakan. Ehuk2...

Ni la budak yang kena histeria tu. huhuhu...

Apa-apa pun, yang menjadi harapan bagi kami bukan hanya untuk kecohkan keadaan dan suasana atau semata-mata untuk menjayakan scene “tangkap nangis” tapi yang paling utama adalah untuk melahirkan seorang insan yang benar-benar memahami konsep bertuhan dan beribu-bapa serta mengamalkan adab-adab dalam Islam.

Program sehari suntuk itu diakhiri dengan penyampaian sijil seminar kepada semua peserta. Sijil dapat, ilmu pun dapat. Tak banyak, sikit pun jadi. Yang penting kita beramal. Ilmu yang banyak tetapi jika tidak beramal tiada gunanya berbanding seseorang yang mendapat ilmu yang sedikit tetapi istiqamah dengan ilmu tersebut. Ilmu yang baik je k!!!

Para peserta program Seminar Motivasi


“Sesungguhnya menulis itu satu kepuasan... Ntahpentah...”

Assalamualaikum wbt.

Peringatan : Tulisan kali ni mungkin akan mencetuskan kontroversi... So, jangan cepat melatah k... huhuhu...

Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang. Semuanya berkisar cinta yang di dasari landasan Islami.

Ramai memberikan komentar positif. Dan penggiat seni tanah seberang maju lebih daripada selangkah, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa, cinta Islami mula mendapat tempat.

Umat Islam Malaysia tidak terlepas dari tempiasnya. Maka muncul cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Cambahkan karya-karya pembina jiwa, lambakkan cinta Islami di kalangan muda mudi. Biarkan muda mudi kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul.

Tetapi, saya mula mengesan bahaya dan bencana. Ya bencana. Bencana ini akan menipu orang-orang yang jahil ilmu agama, apatah lagi dalam keadaan jahil itu mereka mahu kembali kepada agama.

Saya teringat satu babak dalam karya seorang novelis Islami dari tanah seberang yang digilai peminat novel Islami Malaysia. Di dalam karyanya itu, beliau memuatkan satu babak bergurau senda, saling bersentuhan di antara abang dan adik angkat. Ya, abang dan adik angkat. Bukan mahram. Dan kerana mereka bukan mahram, maka diakhir cerita mereka bernikah. Tapi sebelum pernikahan, hubungan mereka seperti adik beradik- dan ketika itu mereka memang sedar mereka adik beradik angkat-. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh penulis novel Islami berkelulusan institusi ulung di alam Islam sedunia ini?

Bukankah babak ini mengelirukan masyarakat yang sudahlah ramai keliru dalam isu mahram bukan mahram, tiba-tiba muncul karya si penulis novel Islami ini yang hanya akan menyakinkan masyarakat bahawa apa yang mereka keliru inilah yang benar, sedangkan hakikatnya salah!

Dan karya Islami ini jua muncul dalam drama-drama yang mula menyebar masuk dari tanah seberang.-sebaiknya tidak ditonton televisyen-. Bagaimana dengan satu drama popular tanah seberang, yang membawa mesej Islami, menampilkan babak cinta seorang teruna Aqso dengan si Madina, dan si Fira. Madina dan Fira ialah adik beradik. Madina gadis bertudung litup, kuat agama. Madina selalu menasihati Aqso agar mencintai Fira, kakak Madina. Madina menyuruh Aqso melafaz kata cinta kepada Fira. Madina menyuruh Aqso membawa Fira, ke tempat romantik. Ibu bapa Fira dan Madina, amat suka untuk Aqso membawa Fira ke hulu ke hilir. Ketika Aqso sakit mahu bersalin (lahirkan anak dengan seorang lelaki bernama Pasha), Aqso juga yang menjaganya.

Anda tahu apa yang ada dalam fikiran saya ketika menonton drama ini -celaka kau Masri, tonton Drama, kata Salafi. Ya Tuhan, ampunkan aku kerana kelalaian-. Saya sangka Aqso pernah bercinta dengan Madina, tapi berkahwin dengan Fira. Lalu Madina sebagai gadis solehah menasihati Aqso supaya mencintai Fira kerana Fira isterinya, dan tidak boleh Aqso mengambil Madina sebagai isteri kedua kerana haram mengumpulkan dua beradik sekaligus. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya kata, bagus Madina, dia benar-benar kuat pegangan Islaminya. Dia mahu kakaknya bahagia. Dia tidak mahu membuat dosa kerana dia tahui tiada poligami dengan cara mengumpulkan dua beradik. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya fikir, apabila Madina mengarahkan Aqso melafaz kata cinta, membawa Fira ke tempat romantik, ialah supaya Aqso dapat membina rasa cinta kepada Fira yang sudah menjadi isterinya. Lalu saya kata bagus nasihat Madina. Dia menasihati orang yang dia cintai agar melupakan dia dan mencintai isteri yang sah yang juga kakak kepada Madina.

Tapi, anda tahu apa yang saya temui di hujung cerita. Ketika di tempat romantik itu - Aqso menurut nasihat Madina untuk membawa Fira ke tempat romantik-, Aqso melafazkan satu ayat yang membuat saya terkejut gila, terus naik menyampah dengan cerita itu. Aqso kata kepada Fira "Kita kahwin ya!". Saya terkejut. Saya fikir mereka sudah berkahwin.

Jadi, kenapa saya marah sangat?

a) Drama ini mengelirukan umat yang sudah sedia keliru. Dengan latar belakang Islami, maka orang membuat kesimpulan tiada salah berdua-duaan dengan bukan mahram, tiada salah saling melafaz kata-kata romantis kepada bukan mahram.

b) Drama ini menunjukkan kemungkaran hanyalah bersentuh dan berzina. Berdua-duaan dengan bukan mahram bukan satu kemungkaran. Selagi mana tidak bersentuh tidak mengapa.

c) Drama ini mengajar ibu bapa agar membiarkan anaknya keluar dengan lelaki bukan mahram. Kenapa saya kata drama ini mengajar sedemikian? Ya, kerana drama ini drama beraspirasikan cinta Islami. Saya yakin emak saya suka cerita ini (berdasarkan pengalaman menonton drama-drama aspirasi Islami dari tanah seberang bersama emak), dan saya yakin emak saya akan beranggapan tidak salah membiarkan anak-anak daranya keluar dengan bukan mahram.

d) Drama ini menjadikan penonton keliru kerana yang menasihati Aqso supaya keluar dengan Fira, menjalin hubungan rapat dengan Fira ialah Madina, si gadis yang kuat agama, bertudung litup, bersolat.

e) Madina digambarkan sebagai gadis yang kuat imannya. Dia membawa kakaknya Fira ke sekeliling kota melihat kehidupan orang-orang susah supaya dapat menyedarkan kakaknya bahawa di luar sana masih ramai orang tidak bernasib baik. Ini kerana ketika itu Fira baru sahaja keguguran bayinya. Tapi, babak ini juga akan menguatkan segala tindakan Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan cinta dengan Fira. Kerana begini.

Pertama: Penonton sudah membina satu persepsi Madina sebagai gadis solehah, kuat agama. Lalu tindakan yang diambilnya adalah pasti menepati syariat.

Kedua: Ketika Madina menasihati Aqso supaya mencintai Fira, Madina mengungkapkan kata-kata "Cinta adalah anugerah daripada Allah".

Ketiga: Lalu Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan dengan Fira.

Keempat: Maka, penonton akan menjustifikasi KETIGA berdasarkan PERTAMA dan KEDUA. Maka, ketika itu, isyarat yang sampai kepada penonton ialah: Keluar berdua dengan bukan mahram, melafaz kata cinta dan romantis kepada bukan mahram, bukanlah satu perkara yang bertentangan dengan syara'. Bahkan ia adalah satu anugerah Allah apabila Allah mengurniakan perasaan cinta itu kepada hamba-hambanya.

Saya sudah nampak bencananya. Dan drama ini juga adalah satu aspirasi dari novel-novel cinta Islami kerana di dalam satu babaknya terpapar watak Aqso sedang membaca novel "Ketika Cinta Bertasbih".

Apakah kalian bersetuju dengan saya bahawa novel-novel pembina jiwa dari tanah seberang yang membawa mesej cinta Islami, apatah lagi drama dan filemnya, sebenarnya satu bencana dan bala buat umat Islam?

.......................................................................

p/s : kpd Hasrul Hamimie n seangkatan dengannya, JANGAN MARAH K..hehehe...

"Sesungguhnya Menulis Itu Satu Kepuasan, Ntahpepentah..."

Berita kewafatan syeikh fathi Yakan

Sumber : http://akhisalman.blogspot.com

Berita kematian

Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.

Berita penafian :

Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah setelah 2 jam selepas berita kematiannya. Beritanya adalah seperti berikut:

Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.

Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.

Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.

Berita terbaru telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.

Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)

Akbar Jazeera menyatakan:

Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.

Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:

Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.

sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):

بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

Rujukan: Laman-laman web yang disebut dlm artikel dan lain-lain.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SangKelembai

SangKelembai

'Bout Me

Foto saya
Blog ini merupakan catatan yang berkisar tentang diri gua, namun turut menyentuh isu semasa dan persekitaran. Seorang yang agak simple dan 'selamber rock', tetapi serius dalam perkara yang dirasakan HAQ & BETUL. Suka memerhatikan tingkah laku orang, agak berterus terang, suka menguji dan susah memuji. Salam Kelembai...

TunjukAjarKuSifu

TunjukAjarKuSifu

IMAN...OK ke KO???

IMAN...OK ke KO???

KaTa-kAta HikMah

Carilah kebaikan, milikilah kebaikan, dan warisilah kebaikan.Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang dari racunnya.

Masa Depan Islam

Masa Depan Islam

Jom Usrah

Jom Usrah

Ulama' Meneraju Kepimpinan

Ulama' Meneraju Kepimpinan

BOIKOT MEDIA BN

BOIKOT MEDIA BN

Pengikut

Online

BoRak-BoraK


ShoutMix chat widget

Siasah

My Prem