Siiru 'Ala Barokatillah

Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan

Semalam aku telah diberitahu bahawa bos aku dah pun dilantik secara rasminya sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat. Menang tanpa bertanding...


Allahuakbar!!!


Secara spontan laungan TAKBIR bergema dalam bilik yang disambut penuh oleh seisi penghuni2nya.


Al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Itulah dia “BigBoss” Akademi Ar Rasyidin yang aku maksud2kan tu yang juga merangkap ex-Ketua Pemuda PAS Pahang yang kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat sebelum diberi amanah sebagai KP PAS Pusat yang baru menggantikan YB Salahuddin Ayub...


Emmmmmmmmmmmmmm....


Tahniah & Takziah Ustaz...


Tahniah kerana telah dilantik dan diberi kepercayaan oleh perwakilan2 untuk menerajui kepimpinan dalam Dewan Pemuda PAS.


Takziah pula kerana terpaksa memikul satu amanah yang sangat besar dan berat ini. Sesungguhnya setiap amanah itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Bak kata Farid_Mukhlis, “Sesungguhnya amanah itu sangat berat, namun yang berat itu akan menjadi ringan jika seluruh ahli khususnya barisan jentera pemuda di peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat kawasan dapat memberi kerjasama yang baik dalam memperkasakan Pemuda Pas ini sendiri kearah menjayakan misi dakwah yang dirancang”.


“Ustaz, disebalik kesediaan ustaz dalam memikul amanah yang telah diberikan, ana tahu isi hati ustaz yang sebenar. Tapi ana percaya ustaz mampu memikulnya kerana berdasarkan tarbiah yang tinggi yang dimiliki ustaz, segala permasaalahan yang bakal ditempuhi sepanjang memegang jawatan Ketua Pemuda tu ustaz akan dapat ustaz lalui dengan dengan penuh sabar dan tabah. Insyaallah...”


Insyaalah kami akan sedaya upaya menjaga Ar Rasyidin ini dengan sebaik-baiknya... Demi Islam... Demi Ummat!!!


Love U ustaz...love U... mmmmMMMuaaaaHHh!!!


Allahuakbar!!!


PAS 4 ALL


“Sesungguhnya Menulis Itu Satu Kepuasan... Ntahpepentah!!!”

Assalamuailaikum.... Pertamanya saya mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh sahabat-sahabat yang sedang bercuti semester dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang baru sahaja tamat pengajian... semoga kalian gembira disamping keluarga tercinta.. Tidak lama lagi, cuti sekolah pula akan menjelma.. Hurm.. Tentu sekali,setiap keluarga akan memanfaatkan sebaik-baiknya percutian ini untuk mengembirakan hati anak-anak dirumah..

Dikala musim cuti tiba, saya yakin.. tentu sekali kalian sudah pun merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti... ada yang akan pergi bercuti keluar negara, ada yang akan balik kampung dan ada yang akan pergi berkelah serta melakukan bermacam-macam lagi bentuk aktiviti percutian...

Tapi bagi mereka yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa atau sedang berfikir untuk beraktiviti....... JoM Bersama Kami di Akademi Ar-Rasyidin!!!


Dimusim cuti ini.. Pihak kami ada menyediakan pelbagai program-program menarik berbentuk ilmiah dan sesuai disertai oleh pelbagai peringkat usia terutama remaja sekolah.. Antaranya ialah: kursus toharah & Amali Solat, Kurusu Imam Muda, Kursus Pengurusan Organisasi dan Seminar Motivasi...

1. Kursus Toharah & Amali Solat (2 Jun 2009)



Kursus ini adalah untuk remaja lelaki & perempuan 15 tahun dan keatas sahaja.

Dalam kursus ini, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan peri pentingnya menjaga kebersihan dan menjaga solat serta mempelajari kaedah-kaedah kesempurnaan solat mengikut sifat solat Rasulullah.




2. Kursus Imam Muda (4 Jun 2009 )

Kursus ini disediakan untuk remaja lelaki 12 tahun dan keatas sahaja.
Peserta akan didedahkan dengan kaedah-kaedah untuk menjadi seorang imam yang tertib disamping mendidik peserta kearah menjadi pemimpin dalam bermasyarakat dan memupuk budaya mencintai ilmu dikalangan anak-anak muda hari ini.



3. Kursus Pengurusan Organisasi (10 Jun 2009 )

Terbuka Kepada Pelajar-pelajar Sekolah Dan IPT.

Peserta akan didedahkan dengan tatacara pengurusan dalam berorganisasi, tatacara penyediaan kertas kerja dan surat menyurat disamping dapat mempelajari kaedah bagi memupuk budaya kerjasama dalam berkumpulan.



4. Seminar Motivasi (13 Jun 2009 )


Terbuka kepada semua Pelajar-pelajar sekolah.

Peserta akan dapat mengikuti modul-modul motivasi yang menarik disamping dapat menyedari akan kepentingan menuntut ilmu dan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian.
Seminar ini juga sesuai untuk pelajar-pelajar yang bermasalah dalam belajar dan bermasalah dalam mengikut kata ibubapa dan guru.. =)

Kepada mereka yang bercuti..... Sertailah kami!!


Setiap Aktiviti diatas bermula pada jam 08.00 pagi sehingga jam 5.00 petang..
Setiap penyertaan bagi setiap satu aktiviti hanya perlu membayar RM25 ringgit sahaja.
Makan tengahari disediakan...
Sijil akan diberikan untuk setiap penyertaan...


Huhu... Menarik dan Jangan tunggu lagi...

Hubungi kami di alamat :
Akademi Ar Rasyidin Ent.
B 632, Tkt 1, Taman Bandar Emas,Jln Beserah,25300 Kuantan Pahang
(Sebelah Tunas Manja Beserah)
Asyraf - 019-9978427
farid - 0199245739

Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 29/05/2009.. Sebarkan!!


Aku masih ingat lagi, semasa kecil2 dulu guruku selalu bertanya “Awak bila besar nanti nak jadi apa?


Aku terkapai2 sambil menggaru kepala. Susah gak nak jawab soalan ni. Baru umur 6 tahun katakan. Puas aku memerah otak semata-mata nak bagi jawapan yang paling tepat kepada guruku itu.


Ahhhhhh.... Idea tak datang r untuk jawab soalan cepu emas tu...


Aku teringat akan abah...


“Cikgu, cita-cita saya adalah seorang guru”


........................????............................????.......................????......................................


Cikgu tersenyum. Aku tidak mengerti akan maksud sebenar beliau tersenyum setelah mendengar jawapan dariku itu. Tapi aku dengan selamber membalas senyuman beliau itu. Mungkin jawapan aku ini memuas hati beliau....... Atau dia menganggap aku cuba memerlinya. Hehehe....


Begitulah jawapan yang akan aku berikan jika ada sebarang soalan yang bertanyakan akan cita-cita aku... Sehinggalah aku masuk darjah 1...


Bila soalan ini diajukan kepada rakan-rakan sekelasku, jawapan berbeza denganku...


“Cikgu, cita-cita saya bila besar nanti adalah seorang doktor...”


Polis, bomba, lawyer, pilot, astronaut, arkitek.........engineer...


Cita-cita yang sangat pelik. Nama-nama yang belum pernah aku dengar selama ni. Ntah apa yang diorang sebutkan tu. Biasanya nama-nama famous dikalangan rakan-rakanku ketika tu adalah seperti penjual runcit, pekebun, petani, pembajak sawah. Biasa la, “Kampung Boyz”.


Tapi yang aku pelikkan dengan sorang rakanku tu, ada ke patut cita-citanya adalah seorang nelayan padahal kampung kitorang berjauhan dengan laut. Memang dah hilang akal tul mamat sorang tu. Huh!!! Nak gelak aku dibuatnya. Sangka baik k... Maybe dia pun dalam keadaan situasiku gak. Main hentam je mulut nak cakap apa. Tapi apa pula aku nak jawab kalau cikgu tanya soalan tu pada aku nanti... Kebetulan baru je tengok “cerita bomba” dalam TV. Hebat gak hero dalam drama tu.


So, mulai hari tu aku mula bercita-cita untuk menjadi seorang “fireman”. Hahaha...


Semangatku untuk menjadi seorang “fireman” semakin mendapat ‘restu’ setelah aku dilantik sebagai setiausaha dalam Kadet Bomba Sekolah semasa di SIC. Dunia ‘api vs air’ semakin aku minati dan gilai. Huahuahua...


Bila kat rumah, aku suka menghabiskan masa dengan favourite channelku iaitu Discovery Channel di Astro. Fuh, mmg hebat giler r dia punya teknologi. Latest2 punya machine. Dia punya engineer semua mantop2. Cara handle machine, solve problem...


Engineer.....


Aku nak jadi seorang engineer!!!


...................................................................................................................


Alhamdulillah, bulan lepas baru je dianugerahkan sijil Diploma of Civil Engineering.


Tapi, masih tak cukup lagi...!!!


Aku nak jadi macam abang sulungku...


Pemegang sijil Degree of Civil Engineering...


Ahhhhhhhh!!!!!


Aku nak sambung belajar...... Tolonglaaaa, aku nak sambung belajar!!!!!



“Pada hakikatnya, menulis itu satu kepuasan... Ntahpepentah...”

Sahabat-sahabat,

Dengan nama Allah, marilah kita…

Saling Merapatkan, bukan Merenggangkan;

Saling Mempersaudarakan, bukan Memperseterukan;

Saling Mengilmukan, bukan Menjahilkan;

Saling Menyatukan, bukan Memecahbelahkan;

Saling Menyayangi, bukan Membencikan;

Saling Memudahkan, bukan Memayahkan;

Saling Mencerahkan, bukan Menggelapkan;

Saling Menyelesaikan, bukan Menambah masalah;

Saling Membijaksanakan, bukan Membebalkan;

Saling Memurnikan, bukan Mengeruhkan;

Saling Mensolehkan, bukan Memfasikkan;

Saling Menggembirakan, bukan Mencemaskan;

Saling Menguatkan, bukan Melemahkan;

Saling Membinakan, bukan Meruntuhkan;

Saling Meningkatkan, bukan Menurunkan;

Saling Menguntungkan, bukan Merugikan;

Saling Mengindahkan, bukan Menghodohkan;

Saling Menyedarkan, bukan Memalukan;

Saling Membahagiakan, bukan Mencelakan;

Saling Mendoakan, bukan Melaknatkan;

Saling Mentakwakan, bukan Memaksiatkan;

Saling Melembutkan, bukan Menggarangkan;

Saling Menasihatkan, bukan Menggelarkan;

Saling Mendamaikan, bukan Menggawatkan.

“Pada Hakikatnya, Menulis itu Adalah Satu Kepuasan... Ntahpepentah”



Mak cakap CIKGU macam MAGGI, makanan rutin time susah.

Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan.
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada.
Tapi saya cakap CIKGU macam L”OREAL, kerana dirimu begitu berharga!


Hahaha…


Saban tahun bila tiba jer 16 Mei, semestinya akan ada satu ‘perayaan’ khas untuk para guru2 bagi mengenangkan jasa mereka terhadap anak2 bangsa.


Hari Guru...



Aku teringat masa zaman persekolahan dulu. Bila tiba jer hari guru, maka aku & the geng la orang paling gembira skali. Hari guru di sekolah memang memberi makna yang sangat besar buat kami semua.


Kenapa???


Sebabnya....


Adanya Majlis Hari Guru bermakna hari tu takde la kelas bcoz saban hari tu guru2 semuanya akan berkumpul di dewan... Termasuklah PK HEM & cikgu disiplin.


So, Hari Guru = H.S.E. (Hari Student Enjoy). Kuikuikui... Pastinya acara paling famous dikalangan student nakal tak lain tak bukan adalah acara ‘ponteng kelas dan gaduh’.


Aku tak termasuk dari diorang k.... skit2 jer... hehehe...


Bagi guru2 yang diminati/famous di kalangan student2, Hari guru adalah hari yang paling dinanti-nantikan. Hari guru bermakna hari yang penuh dengan rezeki.


Kenapa???



Yela, semakin ‘tinggi’ saham guru tersebut bermakna semakin banyak la hadiah2 yang mereka akan dapat dari student2 mereka.


So moralnya kepada guru2/bakal guru, sayangilah student2 anda kalau nak merasa dapat hadiah paling banyak pada hari guru nanti. Huhuhu...


Semakin banyak hadiah yang diterima dari stundent, maka semakin ‘tinggi’ ar saham guru2. Maknanya, guru tu disayangi student la.... Aduh, susah paham betul!!!


Ni aku nak citer skit apa biasanya berlaku kat dewan sekolah. Biasanya hari tu (hari guru) akan diisi dengan program2 seperti persembahan dari guru2 mahu pun student sendiri.











Koir, coral speaking, lakonan... Para guru plak menyanyikan lagu hari guru... Student berlumba2 hadiahkan sesuatu kepada guru kesayangan masing2. Ah, ntahpepentah tul... hehehe


Tapi disebalik penerimaan hadiah yang bertimbun2 dari student, sudah tentu ada rahsia tertentu yang memungkinkan mereka nie senang2 je dapat hadiah dari student... Betul tak...?

Abahku juga seorang guru...

Setiap kali hari guru jer, abah sudah semestinya menjadi guru paling famous di kalangan guru2 di sekolahnya. Guru kesayangan katakan. Hadiah??? Pernah satu tahun abah dapat bertimbun2 hadiah sehinggakan terpaksa minta tolong guru2nya untuk hantar dia punya hadiah ke rumah. Kenapa tak cayer ke???

Tu la hakikatnya abah. Bagi aku, jasa abah sangat besar dalam usahanya melahirkan modal insan untuk kegunaan masa hadapan terutamanya di Kelantan. Dengan berkat kesungguhan dan kegigihan beliau ini tidak memustahilkan beliau untuk menerima Anugerah Khas Guru Besar Paling Cemerlang peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Hahaha...

Apa2pun...

Selamat Hari Guru kepada guru2 seluruh Malaysia termasuk Abah...

“Guru Pembina Negara Bangsa”

Guru,
dalam ajarnya ada HARAPAN,
dalam tegurnya ada DOA,
dalam marahnya ada SAYANG,
dalam tawanya ada MESRA,
dalam diamnya ada BIJAKSANA,
dalam tangannya kita TERBINA,

~SELAMAT HARI GURU~

Hahaha... Dah berbulan2 menunggu akhirnya keluar gak keputusan permohonan ke IPTA... Sape2 nak tau layak/dapat ke tak untuk sambung study meh r click di sini tapi just untuk lepasan SPM/Setaraf untuk sesi Akademik 2009/2010 je k... Untuk Lepasan STPM/Setaraf, tunggu bulan JUN minggu ke 3 k... Selamat Mencoba dan Tahniah kepada sape2 yang bertuah tu...

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SangKelembai

SangKelembai

'Bout Me

Foto saya
Blog ini merupakan catatan yang berkisar tentang diri gua, namun turut menyentuh isu semasa dan persekitaran. Seorang yang agak simple dan 'selamber rock', tetapi serius dalam perkara yang dirasakan HAQ & BETUL. Suka memerhatikan tingkah laku orang, agak berterus terang, suka menguji dan susah memuji. Salam Kelembai...

TunjukAjarKuSifu

TunjukAjarKuSifu

IMAN...OK ke KO???

IMAN...OK ke KO???

KaTa-kAta HikMah

Carilah kebaikan, milikilah kebaikan, dan warisilah kebaikan.Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang dari racunnya.

Masa Depan Islam

Masa Depan Islam

Jom Usrah

Jom Usrah

Ulama' Meneraju Kepimpinan

Ulama' Meneraju Kepimpinan

BOIKOT MEDIA BN

BOIKOT MEDIA BN

Pengikut

Online

BoRak-BoraK


ShoutMix chat widget

Siasah

My Prem